Guru buat poster guna propaganda Tentera China, dikenakan tindakan tatatertib - Menteri Pendidikan | The Reporter

Guru buat poster guna propaganda Tentera China, dikenakan tindakan tatatertib – Menteri Pendidikan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini, tular satu poster pertandingan buku skrap sempena bulan kemerdekaan yang menggunakan gambar tentera China. Poster tersebut telah mengundang kecaman ramai kerana dianggap tidak sesuai.

Guru yang menghasilkan poster itu, Nurul Afiza, bertugas di sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Tengah, telah tampil memohon maaf dan poster tersebut telah ditarik balik serta digantikan dengan yang baru.

“Berkenaan dengan poster buku skrap kemerdekaan yang telah dikeluarkan oleh saya pada 15 Ogos 2024, saya memohon maafdari pihak saya sekali lagi di atas kesilapan yang telah saya lakukan.

“Saya memohon jasa baik kepada yang masih menyimpan gambar poster tersebut untuk memadamnya dari simpanan tuan/puan,” katanya.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang memandang serius isu ini dan sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung tindakan guru tersebut.

Pengarah JPN Pulau Pinang, Datuk Abdul Said Hussain berkata, pihaknya kesal dengan kecuaian yang berlaku dan menegaskan tindakan sewajarnya akan diambil untuk memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang pada masa hadapan.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, turut menyatakan kesilapan yang dilakukan oleh guru tersebut dianggap amat serius.

Beliau memaklumkan tindakan tegas telah diambil melalui siasatan Unit Integriti dan tindakan tatatertib.

Sumber: Says, Astro Awani

Related Posts