GISBH tak pernah bayar sewa premis sejak 10 tahun lalu - Pemilik | The Reporter

GISBH tak pernah bayar sewa premis sejak 10 tahun lalu – Pemilik

Foto hiasan | Sumber: Malay Mail

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pemilik premis perniagaan yang disewakan kepada syarikat GISBH di Bandar Country Homes, Rawang mendakwa, kumpulan ajaran sesat itu tidak pernah membayar sewa walaupun telah diminta sejak lebih 10 tahun lalu.

Lelaki berusia 50-an yang enggan dikenali itu berkata, dia telah menanggung kerugian ratusan ribu ringgit selepas dua premis miliknya di tingkat satu bangunan empat tingkat tersebut disewakan kepada syarikat itu untuk dijadikan restoran.

Difahamkan, dia membeli premis itu ketika awal pembinaan sebelum GISBH bertapak di situ. Syarikat tersebut kemudian meminta untuk menyewa premis dengan kadar bulanan kira-kira RM1,000 bagi setiap unit.

Bagaimanapun, hanya pada peringkat awal saja mereka membayar sewa dan selepas itu, mereka tidak pernah membayar lagi. Setiap kali pemilik datang untuk menuntut sewa, dia ‘dihalau’ oleh beberapa orang menyebabkan dia takut untuk datang lagi.

GISBH dipercayai telah membangunkan aktiviti ekonomi di pusat perniagaan berkenaan sejak lebih 11 tahun lalu, yang turut menempatkan ibu pejabat syarikat tersebut dan mempunyai pelbagai bidang perniagaan.

Sementara itu, seorang lelaki yang dipercayai ahli GISBH mendakwa, pihaknya tidak membayar sewa premis dengan nilai wang, sebaliknya melalui pertukaran barangan.

Sumber: Harian Metro

Related Posts