GISBH nafi tuduh mempergunakan kanak-kanak sebagai pekerja, kesal difitnah | The Reporter

GISBH nafi tuduh mempergunakan kanak-kanak sebagai pekerja, kesal difitnah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) menafikan dakwaan pihaknya mempergunakan kanak-kanak sebagai pekerja.

Kenyataan penafian itu dikeluarkan beberapa jam selepas polis menyerbu 20 rumah kebajikan yang dikaitkan dengan syarikat ini.

Dalam kenyataan itu, GISBHs menyatakan tuduhan pihaknya mempergunakan kanak-kanak adalah fitnah jahat yang bertujuan untuk memburukkan imej syarikat.

GISBH menegaskan, pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang, terutamanya berkaitan dengan eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja. Malah bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyelesaikan isu ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, mendedahkan 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan telah diserbu. Seramai 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun telah diselamatkan.

171 individu juga ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman, yang memerangi perdagangan manusia dan penyeludupan migran. Kanak-kanak yang diselamatkan ini dipercayai menjadi mangsa penderaan fizikal dan seksual, serta pengabaian.

GISB Holdings memiliki rangkaian pasar raya, pasar mini, bakeri, 120 restoran dan perniagaan lain di Malaysia, Timur Tengah, Eropah dan China.

Syarikat ini sebelum ini dikaitkan dengan Al-Arqam, tetapi telah mengubah imejnya dan kini dikenali sebagai syarikat multinasional.

Sumber: Facebook GISBH, Free Malaysia Today

Related Posts