Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah berlalu, namun isu politik masih lagi menjadi perbualan. Bukan sahaja menjadi polemik sidang menteri, malah menjadi percetusan rakyat jelata dari media sosial hingga ke kedai kopi.
Umum mengetahui mana-mana pilihan raya yang diadakan adalah melalui sistem pengundian yang dijalankan dengan penuh demokrasi. Ketika inilah rakyat yang menentukan siapakah pemimpin pilihan mereka.
Namun, tidak dapat dinafikan arus media massa dan juga pempengaruh yang mempengaruhi pengikut mereka untuk mengubah pilihan mereka mengundi parti yang bersesuaian.
Keputusan PRN lalu seakan tidak memuaskan hati kebanyakan penyokong parti politik. Sebilangan penyokong parti menyalahkan individu yang tinggal di perantauan tetapi memilih untuk tidak menyokong parti di kawasan yang diduduki mereka sehinggakan mereka bertindak untuk memboikot perniagaan yang dimiliki oleh pempengaruh dan pemilik kedai negeri-negeri tertentu.
Di media sosial ketika ini, terdapat satu gerakan yang cuba mempengaruhi orang ramai untuk memboikot kedai yang dimiliki orang Kelantan.
Selain itu, seorang pempengaruh yang terkenal dengan nyanyian yang menyindir parti kerajaan juga dikatakan telah diboikot.




Namun demikian, terdapat satu perkongsian yang menyatakan pempengaruh tersebut tidak terlibat secara langsung dalam urusan kedai terbabit.

Terdahulu, seorang pempengaruh dari Kelantan juga telah diboikot oleh penduduk setempat gara-gara kenyataan isterinya meluahkan tentang masalah air yang berlarutan di negeri itu.
Tidak dapat dipastikan sejauh mana dan berapa lamakah tindakan ini berlanjutan atau sekadar satu ugutan sahaja.
Sumber: Facebook, Twitter