Geng Honda Jazz dikecam, masak di kawasan stesen minyak Genting Highlands - The Reporter

Geng Honda Jazz dikecam, masak di kawasan stesen minyak Genting Highlands

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Tindakan sekumpulan lelaki dan wanita dikecam netizen gara-gara merakamkan perbuatan mereka yang memasak di sebuah stesen minyak di Genting Highlands.

Beberapa peralatan dapur seperti gas, meja, kuali, kerusi siap disusun di kawasan stesen minyak berkenaan. Beberapa paket mi segera dan makanan sejuk beku lain turut kelihatan.

Seolah tiada langsung perasaan bersalah, mereka juga duduk bersantai seperti berkelah di kawasan itu.

Bukan itu sahaja, kelihatan juga ada yang menghisap vape tanpa berfikir panjang.

Tiba-tiba sahaja siren polis kedengaran menyebabkan situasi mereka cemas seketika. Namun tidak dapat dipastikan samada pihak polis menuju ke arah mereka atau sebaliknya.

Difahamkan, mereka merupakan konvoi kumpulan Honda Jazz yang berkumpul di Genting Highlands.

Netizen mengecam sekeras-kerasnya tindakan kumpulan ini dan menyifatkan mereka sebagai kumpulan yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.

Susulan itu juga, netizen meminta pihak stesen minyak Petron mengambil tindakan tegas dan sewajarnya ke atas kumpulan ini.

Sumber: Jaringan X

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!