Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
“Geli hati aku baca anak muda tak boleh survive hidup di kota dengan gaji RM2,000. Aku gaji RM2,500, anak tiga, boleh je? Masih lagi bernafas.” demikian tweet seorang wanita di Twitter yang mengundang pelbagai reaksi netizen.
- Diri sendiri punya citarasa tinggi
- Kita harapkan satu pendapatan aktif
- Kita rasa ego dengan diri sendiri
- Kita rasa hebat dengan pendapatan aktif kita boleh hidup walaupun kena ikat perut
- Masalah malas untuk belajar
Sementara itu, tampil seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah bekas penyewa rumah Anis Hafiza, telah menindas dan menghalaunya keluar dari rumah sewa.
“Kakak ini ke yang halau kitorang dulu! Kalau betul, memang bangsatlah! Kaya sebab menindas orang bolehlah. Syabas kak. Semoga akak mati nanti, mayat akak tak berulat,” kata Rahimatul Akmal.
“Dia baru beli nga owner rumah tu tak sapa sbule pach mace2 caro dio buat nak ambak sek ore. Aku ingat sampai mati. Rasa nak meleleh air mata menahan marah. Dunia ini kecik rupanya. Moga selamatlah hidup dia walaupun dia tak pernah minta maaf kat kitorang,” katanya lagi.
Berdasarkan ‘pakar hartanah’ itu di Twitter juga ada mengajar golongan pelajar IPT buat duit dengan hartanah di mana mereka perlu menjadi ketua rumah dan mengumpul duit sewa RM200 sebulan dari sembilan rakan serumah sewa.
Dengan jumlah yang terkumpul RM1,800 kemudian ditolak dengan sewa RM1,200, bil TNB RM200, bil air RM100, bil internet RM200 dan baki RM100 masuk ke dalam poket sendiri.
Malangnya, netizen menyifatkan RM100 yang diambil itu adalah duit haram kerana ia berkonsepkan untung atas angin. Lebih-lebih lagi jika RM100 itu tidak diketahui oleh rakan serumah.
Bagi netizen, tidak salah dia berkongsi ilmu mengenai cara membeli rumah. Namun tidak perlu merendah-rendahkan cara hidup orang lain sehingga menyebabkan dirinya dikecam.
Mungkin dia mempunyai cara tersendiri untuk memiliki rumah biarpun hanya bergaji RM2,000 lebih sebulan. Tetapi netizen ambillah yang mana positif untuk diamalkan.














