Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
• Netizen terkejut laluan kemalangan UPSI kini sudah ada garisan berkembar selepas insiden maut.
• Video tular dakwa garisan baharu dibuat di lokasi jalan curam yang meragut 15 nyawa.
• Netizen pertikai kenapa hanya selepas kejadian baru tindakan diambil.
Laluan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik, Perak lokasi kemalangan yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini mencuri perhatian selepas wujudnya garisan berkembar yang dikatakan baharu sahaja dicat.
Dalam satu video yang dikongsikan pengguna media sosial, pemandu merakam suasana jalan di lokasi kejadian dan menyatakan garisan jalan itu baru sahaja dibuat.
Perkongsian video itu mengundang pelbagai reaksi netizen, kebanyakannya mempersoalkan mengapa tindakan seperti mengecat garisan hanya dilakukan selepas tragedi berlaku.
“Boleh pula buat line cepat… memang hebat JKR, kerja pantas sungguh,” kata seorang netizen.
Ada juga yang berseloroh, “Line putih panas-panas lagi tu”. Malah, ramai turut menyifatkan jalan itu terlalu sempit dan berbahaya sejak sekian lama.
Dalam masa sama, netizen turut menggesa supaya sistem keselamatan seperti pagar besi (guardrail) turut dinaik taraf.
Netizen juga menyentuh keadaan struktur jalan dari arah Titiwangsa ke Gerik yang disifatkan sangat teruk berbanding laluan dari Jeli ke Titiwangsa. Ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kelengahan tindakan pihak berkuasa, selain mengaitkan tindakan pantas mengecat garisan selepas kejadian kerana kawasan itu bakal menerima lawatan VVIP.
Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan laluan FT004 itu sudah pun termasuk dalam pelan menaik taraf sejak 2023 dengan peruntukan RM60 juta. Projek tersebut membabitkan kerja baik pulih struktur cerun, perparitan serta penurapan semula jalan secara berfasa.








