Gara-gara kad Touch n Go tak boleh guna, lelaki bertumbuk dengan penjaga tol - The Reporter

Gara-gara kad Touch n Go tak boleh guna, lelaki bertumbuk dengan penjaga tol

Tangkap layar video tular

Satu video tular memaparkan dua individu bergaduh sebelum ditenteramkan oleh orang awam di Plaza Tol Perling.

Insiden yang berlaku Ahad lalu itu dikatakan berpunca gara-gara seorang pemandu tidak berpuas hati dengan penjaga tol kerana ‘Touch n Go’ (TnG) dalam MyKad tidak dapat digunakan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kejadian berkenaan berlaku pada 29 September lalu sekitar jam 1.15 petang.

“Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku pada 29 September sekitar jam 1.15 petang di pondok Plaza Tol Perling menghala ke Iskandar Puteri.

“Seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun telah mendekati penjaga tol kerana tidak puas hati apabila TnG melalui Mykad tidak dapat digunakan, walaupun terdapat baki wang yang mencukupi untuk melepasi palang tol.

“Perselisihan faham berlaku antara penjaga tol dan lelaki berkenaan sehingga membawa kepada pergelutan antara mereka menyebabkan kedua-duanya cedera ringan di badan dan muka,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gaduh gempar yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh boleh sampai enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau keduanya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!