Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Menyusuli laporan terbaru dari UNICEF Malaysia, terdapat desakan untuk menaikkan gaji minimum di negara ini kepada RM2,102 sebulan.
Laporan tinjauan bertajuk ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ menunjukkan bahawa, gaji minimum yang ditetapkan pada ketika ini tidak mencukupi untuk pekerja, terutama bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur.
Laporan tersebut berdasarkan data yang dikumpulkan dari 755 isi rumah berpendapatan rendah di 16 perumahan awam kos rendah di Kuala Lumpur, dari 14 Oktober hingga 16 November 2023.
Hasil kajian menunjukkan, walaupun kebanyakan ketua isi rumah sudah kembali bekerja dan pendapatan keluarga bertambah baik, kemiskinan masih tinggi terutama dalam kalangan wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya.
Menurut UNICEF, setelah mengambil kira faktor-faktor seperti kos sara hidup, pendapatan penengah, pendapatan garis kemiskinan, dan produktiviti, seharusnya gaji minimum sebenar adalah RM2,102 sebulan, bukan RM1,500 seperti sekarang.
Laporan tersebut juga menunjukkan bahawa apa yang diperlukan oleh isi rumah adalah gaji dan upah yang lebih tinggi. Sementara itu, subsidi petrol tidak mendapat sokongan yang tinggi.








