Seorang bapa, Mohd Afezan Shahri, telah membuat aduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui portal SISPA pada 6 Januari 2024, susulan insiden anaknya dikutuk oleh guru kelas PPKI di SK Pekan, Tuaran, Sabah.
Menurut Afezan, pada 4 Januari lalu beliau menerima mesej di aplikasi WhatsApp daripada guru berkenaan. Mesej tersebut sepatutnya dihantar kepada rakan-rakan, namun dia tersilap dihantar ke group kelas Jade.
Mesej tersebut mengandungi kata-kata yang berbaur bodyshaming dan unsur dera. Antara isi kandungan mesej tersebut adalah, guru itu menggelar anak Afezan iaitu Ean, sebagai ‘anak bongkok’, menyatakan bahawa sangat bagus kerana tidak lama lagi Ean akan meninggalkan kelasnya.
Selain itu, guru yang sama juga ada mengatakan akan mendera seorang murid yang baru masuk ke kelas itu kerana ibunya yang terlalu banyak songeh.
“Seorang guru tidak sepatutnya bodyshaming sesiapa pun, walaupun ianya hanyalah satu gurauan
“Kita tiada pilihan apabila mempunyai anak syurga, tetapi mereka mempunyai pilihan dalam memilih profesion,” katanya.
Buat masa ini, Afezan masih mengekalkan anaknya di sekolah itu kerana bukan mudah untuk mencari tempat lain yang menyediakan kurikulum pendidikan khas.
Selepas 24 jam hantaran itu tular di media sosial, guru terbabit telah tampil memohon maaf kepada Afezan dan mahu menyelesaikan isu tersebut.
Namun, Afezan tidak mahu menyelesaikannya secara peribadi, sebaliknya sudah merujuk kes ini kepada kementerian pendidikan.
Difahamkan, kegagalan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan masalah itu, guru berkenaan turut membuat laporan polis terhadap Afezan.
Sumber: TikTok, New Straits Times
Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!