Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Dari kawan ke jinjang pelamin, Nina Ismail Sabri selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hatinya, Hafiz Osman.
Nina yang merupakan anak sulung kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dan kakak kepada penyanyi Dafi menerima mas kahwin seutas rantai emas.
Akad nikah pada hari berkenaan juga dinikahkan sendiri oleh Ismail Sabri.

Menerusi beberapa perkongsian di Insta Story Nina kenalan dan keluarga mempelai, kedua-dua mereka segak dan aggun mengenakan busana putih.

Menjadi tumpuan dan perhatian ramai pada majlis berkenaan juga, anak perempuan Nina, Jeanelle Nika Mandagie sebagai flower girl masuk ke dalam dewan dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

Sebelum ini, Nina pernah berkahwin dengan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie pada 2013 namun berpisah pada Ogos 2022.
Perkahwinan Nina dan Jovian dikurniakan seorang anak perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia tujuh tahun.