Fida Jungle Girl taja murid istimewa ke Abu Dhabi, sumbang RM100K buat sekolah | The Reporter

Fida Jungle Girl taja murid istimewa ke Abu Dhabi, sumbang RM100K buat sekolah

Fida Jungle Girl bersama pendidik SMK Kuala Krau
Gambar: Tangkap layar TikTok Jungle Girl.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pempengaruh media sosial dan usahawan, Fida atau lebih dikenali dengan nama TikTok Jungle Girl, tampil berkongsi mengenai sumbangan peribadi sebanyak RM100,000 yang diberikan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krau di Temerloh, Pahang.

Bukan itu sahaja, Fida turut menaja kos perjalanan kumpulan murid istimewa yang berpeluang menyertai program ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Saya menaja budak-budak istimewa ini ke Abu Dhabi. Saya mungkin tak mampu menaja semua, tapi ada sedikit sumbangan yang saya hulurkan untuk mereka,” katanya.

https://www.tiktok.com/@junglegirlhq1_/video/7552908652701601031?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329
Baca juga:

Selain itu, Fida turut menyumbangkan sebuah Smart TV kepada sebuah sekolah sebagai tanda sokongan terhadap usaha pendidikan.

“Smart TV itu saya hadiahkan kepada sekolah. Ada juga sumbangan lain yang saya buat pagi tadi. Apa yang penting, ini ikhlas daripada saya untuk anak-anak istimewa ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fida turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa menyokong produk keluarannya.

“Terima kasih sentiasa sokong produk Jungle Girl. Rezeki bukan hanya untuk kita nikmati, tapi untuk kita kongsi. Semoga jadi motivasi untuk kita semua,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji keprihatinan Fida terhadap murid-murid istimewa serta pihak sekolah.

Fida yang merupakan wanita Orang Asli mula dikenali selepas memuat naik video mengenai rutin hariannya dan mengeluarkan produk di bawah jenama Jungle Girl.

Related Posts