Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Impian seorang penerbit muzik berusia 33 tahun dari Jepun untuk memiliki Ferrari 458 Spider bertukar menjadi mimpi buruk apabila kereta mewah itu terbakar hanya sejam selepas diterimanya, lapor Yahoo Japan.
Lelaki yang dikenali sebagai Honkon itu berkongsi di X bahawa dia mengambil masa 10 tahun untuk merealisasikan impiannya sebelum kereta tersebut musnah di Lebuhraya Shuto, Tokyo.
Dalam kejadian pada 16 April lalu, Honkon memaklumkan dia sempat memandu seketika sebelum menyedari kereta itu terbakar dan segera memberhentikannya.
Api berjaya dipadamkan dalam masa 20 minit namun hampir keseluruhan kenderaan itu hangus, kecuali sedikit bahagian pada bampar depan.



Pihak Polis Metropolitan Tokyo masih menjalankan siasatan punca kebakaran.
Ferrari sebelum ini pernah menarik balik lebih 1,200 unit 458 Coupe keluaran sebelum Julai 2010 kerana isu pelekat pada lengkungan roda, namun model Spider yang dimiliki Honkon adalah keluaran selepas itu.








