Beregu badminton lelaki nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani merangkul juara dengan menewaskan beregu dari Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae.
Perlawanan selama 52 minit itu ternyata tidak menghampakan peminat-peminat setia di Malaysia dengan mempamerkan aksi yang sungguh bertenaga.
Serangan demi serangan dilakukan pada set pertama dengan mempamerkan jumping smash dari DinFei ternyata membuahkan hasil dengan 21-15.
Pada set kedua, Malaysia akur dengan regu Korea apabila ditewaskan dengan 13-21.
Bagaimanapun, Malaysia bangkit pada set ketiga dengan 21-16.
Semalam, perlawanan sengit antara beregu lelaki nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menentang beregu dari India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi, India.
Wakil tunggal ke peringkat akhir, Sze Fei-Izzuddin berjaya menewaskan tuan rumah dengan 21-18, 21-14 dalam masa 37 minit.








