Bakat muda dari Kepong membuktikan mereka bukan calang-calang apabila menutup kempen Kejohanan Ibercup B-8 2025 dengan gelaran juara, menewaskan pasukan pilihan dari Sepanyol dalam perlawanan akhir penuh emosi di Estoril, Portugal.
Langkah pertama ke pentas final bukan mudah. Berdepan Ultimate Madrid, skuad kendalian Shazwan Wong bermula garang dengan dua gol pantas. Namun, kelebihan itu seakan memercik semangat lawan yang segera bangkit untuk mendahului 3-2, mencetus debaran buat penyokong.
@ShazwanWong and FC Kepong U8 won the IberCup in Estoril, Portugal. pic.twitter.com/843Sd0wles
— Harimau Abroad (@HarimauAbroad) July 6, 2025
Pada detik genting itulah semangat pasukan diuji. Kata-kata penuh keyakinan daripada Shazwan menjadi penggerak kebangkitan dramatik yang menyaksikan FC Kepong kembali menguasai permainan dan mencipta kemenangan bergaya 5-3.
Baca juga:
- FAM tuntut penjelasan FIFA isu masa tambahan Indonesia-Bangladesh

- Latif Romly sempurnakan misi lima emas Malaysia di Glasgow

- Sukan Komanwel Glasgow 2026: Angkat berat hadiah dua emas, satu gangsa buat Malaysia

Rentak mantap di pentas akhir
Berbekalkan rentak kemenangan dan keyakinan yang semakin memuncak, FC Kepong tampil dengan disiplin taktikal ketika berdepan Aravaca SS di final. Dua jaringan kemas memastikan kemenangan 2-0 sekali gus menutup kejohanan dengan catatan manis yang akan dikenang lama.
Sejurus wisel penamat, Shazwan tidak menyembunyikan rasa terharu. Dalam perkongsian ringkas di X, beliau mengakui perjalanan pasukan ini penuh cabaran, namun dibayar lunas dengan trofi yang bukan sahaja membanggakan Kepong, tetapi juga mengangkat nama Malaysia di persada bola sepak remaja Eropah.
“Syukur alhamdulillah. Bawa nama Kepong, bawa nama Malaysia,” tulisnya, merangkum perasaan seluruh pasukan.










Ibercup edisi kali ini menarik penyertaan kelab ternama, termasuk Nani FC B-12 milik legenda Manchester United, Luis Nani, yang turut memeriahkan saingan. Bagi FC Kepong, kejayaan ini menjadi bukti bakat muda tempatan berpotensi besar jika diberi pendedahan antarabangsa.
Sumber: Makan Bola, Harimau Abroad








