Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Selebriti dan usahawan terkenal, Dato’ Fazley Yaakob, tampil menepis dakwaan bahawa perceraian dengan isterinya, Datin Azrene Soraya, berpunca daripada masalah kesihatan yang dialaminya.
Isu ini muncul setelah satu akaun TikTok berkongsi voice note Fazley dengan tajuk berita sensasi “Alat Sulit Datuk Fazley Terkulai, Punca Isterinya Minta Cerai.”
Bagaimanapun, Fazley Yaakob menegaskan bahawa beliau berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
“Isteri saya pernah mengalami keguguran 13 kali. Namun, saya tetap dikurniakan empat orang anak. Mana tak sihatnya?
“Jadi perkongsian itu tidak betul. Saya hanya tergelak bila ramai yang DM saya tentang perkara ini,” katanya, memetik laporan dari portal Gempak.
Tambah Fazley, beliau tidak mahu memanjangkan perkara itu sehingga melibatkan undang-undang. Fazley Yaakob pernah berdepan situasi serupa sebelum ini dan kini lebih memilih untuk memaafkan pihak terbabit.
Beliau percaya pihak berkenaan menyebarkan dakwaan tidak berasas itu sebagai cubaan untuk meningkatkan populariti blog atau laman sosial tertentu.
Fazley sebelum ini mengesahkan bahawa beliau sudah bercerai dengan isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz, selepas 18 tahun berkahwin sejak 2006.
Pasangan itu dikurniakan empat orang anak hasil perkahwinan mereka, iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fierudz Shah, Alayna Selma, dan seorang lagi anak lelaki.








