18 tahun bersama, Fazley Yaakob sahkah telah bercerai beberapa bulan lalu | The Reporter

18 tahun bersama, Fazley Yaakob sahkah telah bercerai beberapa bulan lalu

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Selepas 18 tahun bergelar suami isteri, selebriti Datuk Fazley Yaakob mengesahkan dia dan bekas isterinya Azrene Soraya Abdul Aziz sudah bercerai beberapa bulan lalu.

Menerusi satu laporan, Fazley berkata keputusan dibuat atas persetujuan bersama.

Katanya, dia sendiri telah memfailkan penceraian beberapa bulan lalu dan tempoh idah telah pun tamat.

Mengenai hak penjagaan anak pula, penyanyi yang terkenal dengan lagu Asmara Ini memaklumkan keempat-empat anak mereka di bawah hak jagaan bersama.

“Empat anak kami kini di bawah hak jagaan bersama. Semoga dengan penjelasan ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” katanya.

Jelas Fazley juga, hubungan dengan bekas isterinya masih kekal baik sehingga kini.

Fazley dan Azrene dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, Ahmad Fierudz Shah 13 dan Alayna Selma 7 tahun.

Sumber: Kosmo

Related Posts