Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Faris, lelaki yang menjadi mangsa dalam kejadian pukul beramai-ramai yang tular sebelum ini, tampil memberi penjelasan mengenai insiden sebenar dalam satu video dimuat naik oleh TikToker YuanzShopz semalam.
Menurut Faris, kejadian bermula apabila rakan mereka yang dikenali sebagai Kecik meninggalkan Bella secara tiba-tiba, menyebabkan wanita itu mengesyaki Faris tahu di mana Kecik berada.
“Member aku si Kecik tu, dia lari tinggalkan Bella. Lepas tu Bella nak tahu Kecik dekat mana. Dia ingat aku tahu sebab aku member Kecik. Aku mana tahu sebab bukan duduk rumah sama pun,” katanya.
Perbualan mereka kemudiannya beralih ke ajakan Bella untuk menemaninya di rumah kerana mendakwa dirinya tidak sihat.
“Aku cakap tak nak, tak ada duit minyak. Tapi dia kata nak bagi duit minyak. Aku pun pergilah. Baru je masuk rumah, terus kena belasah.”
Faris berkata dia belum sempat menyentuh Bella dan menyesal kerana terpedaya dengan pujukan wanita itu.
“Aku boleh terima kalau aku kena pukul sebab sentuh Bella. Tapi aku belum buat apa-apa lagi. Kau beritahu aku, lelaki mana je yang tak terperdaya kalau perempuan ajak ‘free’?”
Dia juga menegaskan bahawa Kecik tiada kena-mengena dalam insiden tersebut. “Kecik tak ada kaitan pun. Korang yang anggap dia kena tangkap. Padahal dia tak buat apa pun.”
Setakat ini, polis telah menahan Bella bersama tujuh lelaki lain bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.








