Farid lafaz cerai lagi, reaksi tenang Diana buat ramai terdiam | The Reporter

Farid lafaz cerai lagi, reaksi tenang Diana buat ramai terdiam

Diana Danielle dan Farid Kamil keluar dari mahkamah dengan tenang selepas sah bercerai
Farid Kamil, Diana Danielle | Foto: Kosmo! Online

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dalam suasana Ramadan yang tenang, pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle sekali lagi sah bercerai. Tanpa sebarang drama atau perselisihan, Farid melafazkan talak satu terhadap Diana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.

Apa yang menarik perhatian ramai, bukan sekadar lafaz cerai itu sendiri, tetapi sikap tenang kedua-duanya selepas keluar dari mahkamah. Diana tetap tersenyum, dan mereka sempat berjalan bersama sambil bertegur sapa, seolah-olah semuanya telah dirancang dengan matang.

“Dalam bulan Ramadan penuh barakah ini, semuanya selesai. Terima kasih kepada Diana kerana memahami situasi,” kata Farid memetik laporan Gempak.

Diana juga tidak menunjukkan sebarang rasa kecewa atau amarah. Sebaliknya, dia dilihat sangat terbuka dan menjelaskan bahawa fokus utama mereka kini adalah anak-anak, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

“Saya tak pernah halang Farid untuk jumpa anak-anak. Kami cuba mudahkan urusan. Keadaan dah cukup mencabar, tak perlu rumitkan lagi,” katanya.

Malah, Diana turut mendedahkan bahawa dia tiada masalah jika anak-anak ingin menyambut Aidilfitri di kampung halaman Farid di Sungai Petani, Kedah. “Saya okey saja. Suasana di kampung lebih meriah. Anak-anak akan beraya dengan Farid dulu. Saya beraya di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Farid pula mengesahkan bahawa urusan penjagaan anak-anak telah dipersetujui secara baik. “Tiada masalah. Diana akan jaga anak-anak, dan saya akan teruskan tanggungjawab sebagai bapa. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.”

Untuk rekod, ini merupakan kali kedua mereka bercerai selepas pernah berpisah pada Ogos 2023 dan kembali rujuk dalam tempoh edah. Namun, selepas beberapa bulan mencuba, Diana memfailkan semula permohonan cerai pada November tahun lalu.

Related Posts