Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan pasukan peguamnya berhubung tindakan saman fitnah terhadap dakwaan melibatkan larangan takbir dan bacaan qunut nazilah yang dikaitkan dengan beliau sebelum ini.
Menurutnya, dakwaan tersebut disifatkan sebagai fitnah berat dan tidak bertanggungjawab, sekali gus mencemarkan reputasi serta integritinya sebagai anggota pentadbiran kerajaan.
Baca juga:
- Bangunan bertingkat didiami Rohingya di Sungai Makau akan diroboh ikut undang-undang
- Aduan ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasikan sebagai NFA
- MPKj sahkan binaan haram di Sungai Makau, keluarkan notis penguatkuasaan
Beliau berkata, tindakan undang-undang yang diambil bertujuan membersihkan namanya selain menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan tuduhan tidak berasas.
“Fitnah ke atas saya berat dan sangat tidak bertanggungjawab.
“Tindakan undang-undang yang diambil ini bertujuan untuk membersihkan nama saya dan supaya ia menjadi pengajaran kepada semua pihak untuk tidak sewenang-wenangnya menabur fitnah,” katanya.
Dalam kenyataan sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada barisan peguam yang telah membuat segala persiapan bagi menghadapi prosiding saman fitnah berkenaan.








