Khamis lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, memuat naik kenyataan di platform X yang meminta orang ramai tidak termakan hasutan untuk menyertai kempen boikot yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Berita hari ini memaparkan akibat boikot yang dimainkan oleh pihak tidak bertanggungawab.
“Pekerja-pekerja kita yang terpaksa menanggung sengsara. Jangan sesekali masuk dalam perangkap penghasut. Negara kita memerlukan usaha semua pihak untuk membangunkan ekonomi negara,” katanya.
Bagaimanapun, kenyataan Nga dibidas oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh yang menegaskan kempen boikot bukan punca ekonomi negara teruk, tetapi disebabkan menteri bodoh seperti Nga.
“Jadi kamu nak beritahu yang kempen boikot ini yang menjadi punca ekonomi negara teruk ke? Dulu zaman Najib Razak ita buat je kempen boikot, tetapi ekonomi tetap naik edngan baik.
“Kepada YB Menteri Nga Kor Ming yang kurang bijaksana, ekonomi negara jadi teruk sebab ada menteri yang macam kamu! Bodoh!” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.