Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Tular sebuah video di media sosial menunjukkan seorang lelaki yang tangannya digari, ditahan oleh tiga individu berjaket hitam.
Menurut sumber, mangsa yang juga ejen pelaburan Forex, tidak berpuas hati dengan penahanannya dan meminta mereka menunjukkan kad kuasa.
Mangsa menjerit meminta pertolongan sebelum dipaksa masuk ke dalam kereta Perodua Bezza.
Turut kedengaran suara wanita yang merayu agar sekumpulan lelaki itu tidak menahan mangsa.
Menurut laporan Kosmo! Online, tiga individu terbabit sebenarnya menyamar sebagai anggota polis untuk menyamun mangsa.
Kejadian tersebut berlaku pada Khamis lalu, di mana ejen pelaburan Forex berusia 24 tahun itu telah digari dan dibawa ke lokasi lain.
Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM25,000 yang membabitkan wang tunai dan sebuah telefon bimbit jenama iPhone.