Eda Ezrin dibebaskan sepenuhnya hari ini | The Reporter

Eda Ezrin dibebaskan sepenuhnya hari ini

Eda Ezrin dibebaskan sepenuhnya.
Gambar: Berita Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, bersama suaminya serta empat lagi rakan, akhirnya dibebaskan sepenuhnya dari Penjara Pusat Wilayah Narathiwat, hari ini.

Pembebasan keenam-enam individu itu dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pihak pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam.

Difahamkan, mahkamah sedang menguruskan surat pembebasan mereka sebelum dokumen berkenaan diserahkan secara rasmi kepada pihak penjara.

Memetik laporan Kosmo, beberapa pegawai imigresen dilihat sudah berada di kawasan penjara bagi mengiringi kesemua mereka ke sempadan Sungai Golok untuk proses pulang ke tanah air.

Baca juga:

Terdahulu, pada 6 Mac lalu, mahkamah membebaskan Eda Ezrin; suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35; serta rakan mereka, Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26, daripada tuduhan secara bersama memiliki untuk menjual 6,059 biji pil methamphetamine.

Bagaimanapun, mereka diarahkan kembali semula ke Penjara Wilayah Narathiwat selepas pembebasan tersebut bagi memberi ruang kepada pihak pendakwaan memfailkan rayuan dalam tempoh antara satu hingga empat bulan.

Related Posts