Ebit Lew jelaskan Mondy tatu badan sendiri & guna braces RM15 jer | The Reporter

Ebit Lew jelaskan Mondy tatu badan sendiri & guna braces RM15 jer

Ebit Lew jawab semua fitnah yang dilemparkan terhadapnya mengenai Mondy yang mempunyai tatu dan memakai braces.

Ebit Lew hari ini menafikan semua dakwaan yang mengatakan dia mempergunakan wanita bertatu berstatus ibu tunggal, Mondy, yang berasal dari Indonesia untuk content di laman TikTok.

Menurut Ebit, pertemuan dengan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun itu bukanlah dirancang.

“Masa kami mula sampai, Mondy asyik menangis terharu. Dia baru keluar dari rumah sewa, tak mampu bayar, tidur di jalanan.

“Saya tanya adik nak kerja? Dia kata ada ke orang nak ambil saya kerja? InsyaAllah kami cuba carikan,” katanya.

Mengulas tatu di badan dan pendakap gigi yang digunakan oleh Mondy juga bukanlah mahal seperti yang disangkakan. Sebaliknya, tatu tersebut dibuat oleh Mondy sendiri. Pendakap gigi pula jenis yang palsu dan murah.

@dillahussin

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


fitnah apa tentang mondy #mondy #ustazebitlew #hidayah #islam #taubat #doa

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

“Dia ingat braces tu yang mahal macam anak saya punya. Di Indonesia, braces tu, gigi punya tu, yang palsu, yang murah,” katanya.

Sementara itu, Mondy mengesahkan pendakap gigi yang dipakainya itu berharga RM15 dan telah dipakai bertahun-tahun.

“Ini sudah bertahun, bertahan sampai bertahun-tahun,” kata Mondy.

Sumber: TikTok

Related Posts