'Allah hantar Ebit Lew untuk bantu Mondy dari terus hanyut' - Rakan nafi Ebit Lew gunakan Mondy sebagai content - The Reporter

‘Allah hantar Ebit Lew untuk bantu Mondy dari terus hanyut’ – Rakan nafi Ebit Lew gunakan Mondy sebagai content

Pendakwa agama Indonesia, Derry Sulaiman, menafikan Ebit Lew mempergunakan Mondy sebagai content di media sosial.

Umum mengetahui, pendakwah bebas Ebit Lew pada masa ini dikecam oleh netizen susulan seorang lelaki tampil mendedahkan indentiti wanita yang dibantunya bernama Mondy, sebenarnya bukanlah gelandangan.

Sebaliknya wanita itu merupakan TikToker yang mempunyai lebih dari satu juta pengikut di platform tersebut.

Baca: ‘Tak rasa bersalah ke guna agama untuk content?’ – Individu dakwa Ebit Lew ‘bantu’ Mondy sekadar content di media sosial?

Bagaimanapun, rakannya yang juga merupakan warga Indonesia, Derry Sulaiman, tampil mempertahankannya daripada segala tohmahan dan fitnah tersebut.

“Teman-teman di Malaysia dengarkan baik-baik. Saya orang Indonesia, saya tahu bagaimana kehidupan Mondy. Sebelum berjumpa dengan Ebit, ya memang dia viral tetapi kita di Indonesia tidak support dia. Kita fikir bagaimana hari-hari dia.

“Memang pernah sebelum ini dia menghadiri podcast di beberapa akaun yang mempunyai berjuta-juta pengikut sehingga followers Mondy sendiri bertambah banyak. Tetapi kehidupan Mondy kita tidak tahu.

“Justeru Ebit Lew lah yang Allah hantar dari Malaysia, yang mengambil berat tentang Mondy. Perjumpaan mereka di mana Mondy tidur di tepi jalan itu bukanlah dirancang seperti yang didakwa. Saya tahu, Allahuakbar.

“Jadi, teman-teman jangan sebarkan fitnah tentang Mondy. Mondy datang ke Malaysia, dijaga oleh Ebit Lew supaya terhindar daripada golongan yang merosakkan dia.

“Supaya di Malaysia dia dapat belajar tentang agama, dapat berusaha memperbaiki ekonominya sendiri. Supaya di Malaysia juga dia dapat bertemu dengan jodohnya yang soleh,” katanya.

Sementara itu, Ebit Lew juga mengakui isterinya turut membantu Mondy dari segi mengajarnya solat, belajar Al-Quran.

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!