Dulu bergelar jururawat gigi, kehidupan Cik Da berubah akibat kekejaman individu terdekat | The Reporter

Dulu bergelar jururawat gigi, kehidupan Cik Da berubah akibat kekejaman individu terdekat

Abbe Hae mendengar kisah kehidupannya dari Cik Da.
Tangkap layar video perbualan Abbe Hae dan Cik Da.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Setiap kisah yang dikongsikan oleh aktivis masyarakat, Abbe Hae, sering menyentuh hati ramai pihak. Kisah-kisah yang dipaparkan bukan sahaja membangkitkan rasa sebak, bahkan turut menyedarkan kita agar lebih bersyukur atas segala nikmat yang dimiliki.

Menerusi satu hantaran di media sosial baru-baru ini, Abbe Hae berkongsi pertemuan dengan seorang wanita dikenali sebagai Cik Da yang menjual pucuk paku di kaki lima. Ketika ditanya, Cik Da memaklumkan bahawa dia kini tinggal seorang diri. Abbe Hae bersama pasukannya kemudian meminta untuk melihat sendiri tempat tinggal wanita tersebut.

Dalam perjalanan menuju ke lokasi, Cik Da memberitahu dia mempunyai tujuh orang anak, tiga daripadanya telah bekerja, manakala empat lagi di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Baca juga:

Namun, sebaik tiba di lokasi, Abbe Hae dan pasukannya terkejut melihat keadaan tempat tinggal Cik Da. Rumah yang disangka lengkap rupa-rupanya hanyalah sebuah pondok kecil seperti khemah yang dibina di tepi sungai. Difahamkan, Cik Da memilih untuk tinggal di situ kerana enggan menyusahkan anak-anaknya.

Tersentuh dengan keadaan tersebut, Abbe Hae membuat keputusan untuk menghadiahkan sebuah rumah kediaman di Bukit Bunga demi keselesaan Cik Da.

Apa yang lebih mengejutkan, Cik Da sebenarnya pernah berkhidmat sebagai jururawat pergigian di Kelantan dan Perlis. Namun, kehidupannya berubah secara drastik akibat kekejaman individu terdekat.

“Menurut rakan-rakan Cik Da, dia seorang yang sangat baik, malah pernah digelar ‘Penghulu Wati’ oleh mereka. Cik Da jadi begini disebabkan kekejaman seseorang yang sangat dekat dengannya. Menurut ahli keluarga, Cik Da sering dipaksa mengambil barang terlarang dan menjadi mangsa pukul oleh makhluk yang dekat dengannya.

“Kesakitan sudah menjadi makanan harian buat Cik Da. Dia juga pernah jatuh dari pokok kelapa dan dimasukkan ke ICU untuk tempoh yang lama. Kini, Cik Da memegang kad OKU,” jelas Abbe Hae.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai agar tidak mempolitikkan isu ini dan tidak menuding jari kepada mana-mana pihak.

Menerusi satu hantaran lain pula, anak perempuan kepada Cik Da memaklumkan, dia sekeluarga pernah memujuk ibunya untuk tinggal bersama, namun ibunya menolak. Dia juga menceritakan keadaan ibunya yang sudah berubah mengalami sakit mental akibat jatuh dari pokok kelapa.

“Umi (ibu) saya terpaksa buat bermacam-macam kerja untuk cover loan bank termasuk kena panjat pokok kelapa dan jual kelapa. Tahun 2018, masa dalam pantang adik bongsu, umi panjat pokok kelapa dan jatuh. Bila jatuh, umi koma dekat hospital HUSM Kelantan. Bila dah sedar, umi tak berapa ingat dan emosi dia tak stabil.

“Umi tak nak duduk dengan anak-anak sebab dia tak nak sakitkan hati anak-anak sebab dia takut perkataan yang keluar dari mulut dia,” katanya.

@tema0mar

#stitch with @Abbe Hae harap semua faham dan Mendelian cikda aty dan keluarga mereka.. terima kasih yang memahami @zatyology._ . #bytema #abehae #hssmy

♬ Motivation Song – Nciv GK

Anak Cik Da yang dikenali sebagai Aty memaklumkan bapanya kini berada di Shah Alam dan belum berpisah dengan ibunya.

Related Posts