Dua pesalah pedofilia maut pada hari yang sama, di penjara - The Reporter

Dua pesalah pedofilia maut pada hari yang sama, di penjara

Banduan pedofilia maut di penjara New York
Robert Fisher dan William Brand

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Dua banduan yang dihukum penjara kerana jenayah seksual terhadap kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia pada hari yang sama di Penjara Elmira, New York.

William Brand dan Robert Fisher, masing-masing disahkan meninggal dunia pada pukul 2:52 pagi dan 1:50 pagi, 22 Oktober lalu, menurut laporan CBS6 Albany yang memetik kenyataan Penjara Negeri New York.

Bagaimanapun, Pejabat Koroner Daerah Chemung masih belum mengumumkan punca sebenar kematian kedua-dua individu tersebut.

Fisher, 34, baru sebulan menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 20 tahun hingga seumur hidup atas kesalahan merogol, memberi dadah, dan membunuh kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun pada Julai 2023.

Brand, 51, pula mula menjalani hukuman 10 tahun di penjara yang sama sejak 10 Oktober atas kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Menurut laporan tempatan, Fisher diperkenalkan kepada ibu mangsa, Laquesha Cunningham, oleh jiran mereka di Daerah Rensselaer.

Beberapa hari kemudian, Fisher mengambil ubat yang dipreskripsikan untuk Laquesha, dihancurkan, dan dimasukkan ke dalam minuman mangsa sebelum melakukan serangan seksual, seperti yang dimaklumkan oleh Pejabat Pendakwa Raya.

“Dia melakukan perbuatan itu ketika mangsa masih hidup dan sedar. Kita hanya mengetahui fakta ini melalui hasil bedah siasat,” kata Pendakwa Raya Antonia Edwards.

Sementara itu, Ketua Polis Rensselaer, Warren Famigletti berkata, wajah mangsa kelihatan sangat mengerikan selepas serangan itu dan boleh membuatkan mereka yang melihatnya trauma seumur hidup.

Bapa saudara mangsa, Jy’Quan Stewart, turut berkongsi reaksinya, “Keadilan telah terlaksana,” ujarnya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!