Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dr. Malar tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pempengaruh Faiz dan semua pihak yang terasa dengan kenyataannya yang didakwa merendahkan individu yang hanya memiliki akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dalam kenyataan di TikTok, beliau juga menjelaskan emoji yang ditulis pada ruangan komen sebenarnya merupakan emoji sedih bukan seperti emoji menjengkelkan seperti yang didakwa.
Beliau juga memetik kenyataan yang dibuat oleh seorang pempengaruh yang turut mengulas isu berkenaan.
“Siapa yang dibawa ke sekolah akan memberikan inspirasi kepada budak-budak. Kalau dibawa engineer daripada oil and gas industry, budak-budak akan rasa macam, ‘Ya, aku pun nak jadi macam itu.’
“Kalau bawa pegawai polis, budak-budak pun akan rasa macam nak jadi polis. Kalau bawa bomba, budak-budak akan nak jadi bomba. Budak-budak ni, diorang tak matang lagi, prefrontal cortex mereka belum matang,” katanya.

Beliau turut mengakui penggunaan perkataan dan emoji dalam video sebelum ini tidak tepat dan telah menimbulkan salah faham.
“Jadi kepada semua yang terasa, saya minta maaf. Kepada adik Faiz pun saya minta maaf juga. Saya berikan ruang untuk semua komen. Apa yang saya maksudkan sesiapa yang dibawa ke sekolah sebagai figura untuk merasmikan Hari Akademik.
“Bukan niat saya untuk merendahkan lulusan SPM. Kekilafan sebenar berlaku apabila komen saya di-screenshot dan disebarkan sehingga digunakan oleh pelbagai content creator,” tambah Dr. Malar.
Baca juga:
- Pempengaruh didenda RM40,000 gara-gara muat naik video gelandangan diberi tulang ayam
- ‘Orang politik pun tak boleh walk-in di Rembayung’ – Khairul Aming
- Lelaki Orang Asli beri teguran beradab kandungan video kunjungan pempengaruh
Selain itu, beliau memaklumkan akan mengambil masa rehat daripada media sosial bagi menenangkan keadaan, namun tetap membenarkan komen daripada netizen.
“Kalau korang nak unfollow atau kecam, saya terima. Saya tak off komen, saya tak lari, dan saya tak delete. Saya terima kesilapan saya,” katanya.








