Doktor keluarkan belut hidup panjang 65cm dari dubur pesakit | The Reporter

Doktor keluarkan belut hidup panjang 65cm dari dubur pesakit

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki India berusia 31 tahun berjaya diselamatkan oleh doktor di Hospital Viet Duc, Hanoi, selepas menjalani pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan belut hidup yang telah menggigit ususnya dan memasuki rongga abdomen.

Difahamkan, lelaki berkenaan datang ke hospital dan mengadu sakit perut yang teruk sebelum mengakui telah memasukkan belut hidup ke dalam badannya melalui dubur.

Doktor pada awalnya tidak mempercayai cerita lelaki itu kerana mereka tidak pernah menemui kes sedemikian sebelum ini. Namun, hasil imbasan X-ray dan ultrasound menunjukkan kehadiran rangka belut dalam rongga abdomen lelaki tersebut.

Pasukan pakar endoskopi dan pakar bius segera dibentuk untuk melakukan kolonoskopi bagi mengeluarkan belut tersebut melalui dubur. Namun, usaha itu gagal kerana badan belut yang terlalu licin. Dengan tahap kesakitan pesakit yang semakin meningkat, doktor tiada pilihan lain selain melakukan pembedahan segera.

Semasa pembedahan, doktor terkejut apabila menemui belut hidup sepanjang 65cm dan berdiameter 10cm dalam rongga abdomen pesakit. Belut itu telah menggigit rektum dan kolon pesakit untuk melarikan diri ke dalam rongga abdomen.

Timbalan Pengarah Pusat Pembedahan Kolorektal dan Lantai Pelvik di Hospital Viet Duc, Dr. Le Nhat Huy berkata, belut boleh bertahan dalam keadaan anaerobik untuk jangka masa yang lama dan mempunyai keupayaan untuk menggigit melalui saluran gastrousus.

Setelah berjaya mengeluarkan belut dan sebiji limau yang menyekat rektum pesakit, doktor menjahit tebuk di kolon dan melakukan kolostomi untuk mengelakkan najis daripada melalui tebuk yang baru dijahit.

Motif pesakit memasukkan belut hidup ke dalam badannya masih menjadi misteri.

Sumber: Oddity Central

Related Posts