Doktor China berjaya keluarkan tumor pesakit dari jarak 5,000 km menggunakan Robot Pembedahan - The Reporter

Doktor China berjaya keluarkan tumor pesakit dari jarak 5,000 km menggunakan Robot Pembedahan

Seorang doktor di China telah berjaya mengeluarkan tumor paru-paru dari seorang pesakit yang berada sejauh 5,000 km menggunakan robot pembedahan yang dikawal dari jauh.

Dr. Luo Qingquan, pakar bedah di Shanghai Chest Hospital, melakukan pembedahan tersebut dari Shanghai, manakala pesakit berada di Kashgar, Xinjiang.

Dengan menggunakan teknologi 5G, Dr. Luo mengawal robot pembedahan yang membolehkan beliau melakukan pembedahan tanpa sebarang komplikasi.

Kejayaan ini menunjukkan potensi besar teknologi robotik dan 5G dalam meningkatkan akses kepada rawatan perubatan, terutamanya bagi pesakit di kawasan luar bandar yang kekurangan pakar bedah.

Walaupun kos pembedahan robotik boleh mencapai sekitar RM90,000 hingga RM160,000 di Malaysia dan sehingga RM300,000 di Singapura, ia menawarkan beberapa kelebihan seperti masa pemulihan yang lebih cepat, kurang trauma pada tisu dan ketepatan yang tinggi.

Bagi menjayakan pembedahan ini, sambungan internet yang laju dan stabil adalah sangat penting. Kebiasaan hospital mempunyai sambungan internet tambahan dan pelan kecemasan untuk mengelakkan masalah jika sambungan terputus.

Dengan kejayaan ini, masa depan perubatan semakin cerah, membolehkan lebih ramai pesakit mendapat rawatan yang mereka perlukan tanpa perlu berpindah ke bandar besar. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!