Semalam menandakan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Sudah pasti, pelajar-pelajar menjawab soalan dengan penuh debaran dan harapan.
Namun, bagi seorang pelajar SMKA Syeikh Abdullah Fahim, Khairuddin, hari itu turut membawa berita duka apabila bapanya, Ustaz Md Nor bin Jusoh, meninggal dunia.
Sejurus keluar dari dewan peperiksaan, ahli keluarganya telah menunggu untuk menyampaikan berita itu dan membawanya pulang. Kesedihan terpancar di wajah Khairuddin, namun beliau ditenangkan oleh keluarga.
Kehilangan seorang insan yang menjadi peneman sejak kecil bukan mudah. Meski begitu, Khairuddin kelihatan tabah dan reda menghadapi ujian hidup tersebut.
Baca juga:
- Kumpulan hak asasi haiwan gesa MBS hentikan program serah anjing terbiar
- Tindakan spontan lelaki selamatkan dua kanak-kanak dalam kebakaran raih pujian
- Polis jalankan siasatan dakwaan kanak-kanak 12 tahun diekori sebuah kenderaan
Menerusi hantaran di TikTok oleh tvpsssmkasaf, Khairuddin dilihat mengimamkan solat jenazah bapanya dan turut menyempurnakan pengkebumian hingga ke liang lahad.
Tindakan beliau kembali ke dewan peperiksaan untuk menjawab soalan kertas dua Bahasa Melayu mendapat pujian ramai netizen atas kekuatan semangat dan sifat reda yang ditunjukkan.








