Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Disebalik ujian yang menimpa, tersimpan satu hikmah yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.
Begitu juga rezeki yang diperoleh oleh seorang lelaki orang kurang upaya (OKU), Ahmad Nor Al Faizan yang dijemput sebagai tetamu Allah di Makkah.
Faizan atau lebih dikenali sebagai Paijang bersama dua orang anaknya telah ditaja oleh syarikat Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd.
Menerusi hantaran di Facebook, Andalusia berkongsikan momen Paijang bersama keluarga ketika menunaikan umrah.
“Alhamdulillah, keluarga tetamu istimewa, Pakcik Faizan, telah selamat tiba di bumi suci Makkah Al-Mukarramah dan berjaya menyempurnakan ibadah umrah yang wajib bagi mereka sekeluarga.
“Siapa sangka, di sebalik ujian yang menyayat hati, Allah telah mengangkat darjat Pakcik Faizan dengan menjemputnya ke Baitullah untuk menunaikan umrah. Takdir-Nya penuh hikmah, dan perjalanan ini menjadi bukti kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang terpilih,” katanya.
Dalam pada itu juga, pihak Andalusia turut menzahirkan penghargaan buat orang ramai yang menitipkan doa buat Paijang sekeluarga.
“Terima kasih kepada semua yang telah menitipkan doa buat Pakcik Faizan dan keluarganya. Teruskan mengikuti perkongsian kami untuk melihat lebih banyak kenangan perjalanan mereka sepanjang berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah. Semoga kisah ini memberi inspirasi dan manfaat buat semua,” katanya.