Disebalik bekas legend, ada kisah usaha tanpa jemu pencipta bekas telur separuh masak - The Reporter

Disebalik bekas legend, ada kisah usaha tanpa jemu pencipta bekas telur separuh masak

Sumber gambar: Asian Inspiration

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Bagi yang menjaga diet mereka, telur separuh masak dijadikan sebagai sarapan pagi. Untuk mendapatkan tekstur yang cantik, kadangkala sukar untuk dijangka jika merebus telur dengan menggunakan periuk biasa.

Tempoh masa yang lama akan menyebabkan telur tersebut sudah masak. Ada yang mencuba dengan cara menetapkan waktu-waktu tertentu untuk mendapatkan tekstur telur separuh masak. Namun, ternyata tidak berhasil.

Keadaan ini membuatkan seorang operator jentolak di tapak pembalakan di Kelantan memikirkan kaedah yang sesuai untuk dijadikan alat yang tepat bagi menghasilkan telur separuh masak.

Menerusi satu perkongsian, pelbagai eksperiman yang dilakukan oleh lelaki ini yang kini lebih dikenali sebagai Datuk Hew Ah Kow.

Datuk Hew menggunakan paku untuk mencucuk bahagian bawah tin Ovaltine dan mengisinya dengan telur dan air panas.

Selepas percubaan selama setahun, akhirnya dia menemui penyelesaian dengan menentukan nisbah air dan telur yang betul. Hasil eksperiman itu, beliau dapat menjual prototaip tersebut kepada stokis jualan langsung.

Sehingga kini, bekas tersebut masih lagi menjadi kegunaan ramai walaupun terdapat pelbagai penciptaan teknologi canggih.

Sumber: Z

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!