Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Orang seringkali menyangka masalah parkir hanya berlaku di kediaman flat, tetapi sebenarnya mereka yang tinggal di rumah teres juga menghadapi masalah yang sama.
Semalam, tular satu video memaparkan dua jiran bertengkar hanya kerana berebut tempat meletak kenderaan di luar rumah.
Menurut TikToker Wan Amir, dia diminta oleh jirannya untuk mengeluarkan keretanya, Perodua Axia, untuk parkir di tempat lain kerana Wan Amir telah ‘menceroboh’ tempat letak keretanya miliknya. Tambahan, mereka sudah lama meletakkan kereta di situ.
Tetapi Wan Amir menegaskan tempat itu bukan milik sesiapa.
“Saya dah dapat parking dulu. Kemudian mereka baru sampai dan suruh kami keluarkan kereta saya sebab mereka nak parking kereta di sini. Katanya mereka sudah lama parkir di sini. Sedangkan kawasan ini parking bebas, siapa cepat dialah yang dapat dulu.”
Keadaan menjadi semakin tegang apabila jirannya bertindak meletakkan kereta Proton Saga di hadapan kereta Wan Amir yang menyebabkan pengadu terpaksa menghubungi polis untuk datang membantu. Malangnya, masalah tersebut masih tidak dapat diselesaikan.
“Rumah ayah saya betul-betul dekat corner lot simpang tiga tu. Kenapa dia tak park saja depan pagar rumah dia sendiri? Seboleh-bolehnya dia suruh saya keluar dari situ,” katanya.
Menjengah ke ruang komen, ramai yang turut mempersoalkan mengapa jirannya tidak meletakkan kenderaan di depan rumahnya sendiri dan sanggup memperbesarkan hal yang remeh itu.