Beruang matahari Wira dan Manja yang dipilih sebagai ikon dan maskot bagi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 meraih perhatian ramai.
Ramai yang memuji pemilihan maskot berkenaan yang dilihat mampu menarik ramai pelancong dengan sifat kecomelan haiwan berkenaan.
Ada juga yang meminta pihak kementerian pelancongan untuk menghasilkan cenderamata Wira dan Manja.
Disebalik kecomelan maskot berkenaan, sudah pastinya terhasil melalui seni dan kreativiti seorang pelukis.
Bagaimanapun, anak kepada pelukis berkenaan meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak seolah mempertikaikan hasil kerja bapanya.
Ada dakwaan yang mempersoalkan adakah hasil lukisan tersebut menggunakan AI.
Namun, anaknya yang dikenali sebagai Muhd Helmi menafikan tuduhan itu dan menunjukkan bukti hasil karya bapanya.
Seorang lelaki juga tampil membuktikan karya berkenaan adalah asli, apabila dia bertanyakan kepada aplikasi ChatGPT mengenai ketulenan karya tersebut.
Selain karya menghasilkan Wira dan Manja, Helmi turut berkongsikan karya yang dihasilkan bapanya iaitu potret Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz.








