Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki menjadi sasaran kecaman netizen selepas hanya merakam detik cemas seorang kanak-kanak lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat di Kota Masai, Jumaat lalu. Ramai menganggap tindakannya sebagai tidak bertanggungjawab kerana tidak turun membantu mangsa.
Video berdurasi 1 minit 36 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak berpaut pada sebatang kayu sambil dihanyutkan air longkang deras, manakala seorang lagi kanak-kanak — dipercayai abang mangsa — menangis sambil menjerit meminta tolong, “Allahuakbar… adik saya… saya tak nak dia mati.”
Namun di sebalik kecaman, wanita dikenali sebagai Norhanum Sabtu, tampil mempertahankan adiknya, Nadhir Sabtu, 20, yang merakam insiden tersebut. Menurut Norhanum, adiknya sebenarnya tidak tahu berenang dan ketika kejadian, dia hanya mampu merakam sambil memanggil bantuan.
- Remaja lelaki 15 tahun maut dirempuh dua motosikal
- Anggota Trafik cedera dirempuh Hilux ketika iring Delegasi ASEAN
- Kecurian kabel jejas operasi tren laluan Putrajaya
- DBP tegaskan penguasaan Bahasa Melayu perlu jadi keutamaan
- ‘Dia hilang mak di usia 5 tahun, kini anak di usia 22’
“Adik saya dalam perjalanan ke masjid untuk solat Jumaat. Dia dengar budak jerit, jadi lepas ambil sejadah dan kunci kereta, dia pergi tengok. Masa tu hujan lebat, air longkang deras sangat. Dia ada tegur budak-budak tu supaya jangan main situ,” kata Norhanum.
Katanya lagi, video itu dikongsi dalam kumpulan WhatsApp keluarga sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku perkara lebih buruk. “Dia tak niat nak viralkan pun. Yang sebarkan tu orang lain.”
Difahamkan, mangsa akhirnya diselamatkan oleh dua penunggang motosikal yang berhenti dan membantu menarik mangsa ke tebing. Kanak-kanak itu kemudian berjalan pulang bersama abangnya ke rumah yang dipercayai berhampiran kawasan kejadian.
Pihak polis dan bomba kini sedang menyiasat insiden berkenaan








