'Dialah satu-satunya rider yang berterima kasih sebab aku bagi tips' | The Reporter

‘Dialah satu-satunya rider yang berterima kasih sebab aku bagi tips’

Gambar hiasan – KL Foodie

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Amalan berkongsi rezeki merupakan satu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat kita. Ia boleh dilakukan dalam pelbagai cara, sama ada secara tunai, makanan atau barangan.

Sebuah ciapan tular di platform media sosial X baru-baru ini telah menarik perhatian ramai. Seorang individu telah berkongsi pengalaman memberi tips kepada penghantar makanan dan tidak menjangka respon yang diterima.

Ciapan tular

“Sepanjang sejarah aku order Grab Food, dialah satu-satunya penghantar makanan yang berterima kasih kepada aku sebab bagi tips. Semoga murah rezeki brader ini,” katanya dalam ciapan tersebut.

Suka beri tips kepada pekerja, berbanding peminta sedekah

Dalam pada itu, ada juga netizen yang lebih suka memberi tips atau sedekah kepada pekerja yang memberi perkhidmatan, berbanding peminta sedekah.

“Sekarang aku dah berhenti bagi sedekah kat peminta sedekah dan biasakan diri bagi tips kat servis-servis macam ni. Bagi aku, mereka lebih layak mendapat tips/sedekah ini,” kata seorang netizen.

Dalam harta ada hak fakir yang meminta & orang tak meminta

Namun, ada juga yang berpendapat tiada salahnya berbuat demikian, tetapi usah dilupakan golongan fakir miskin.

“Jangan saudara, teruskan memberi sedekah pada fakir yang meminta daripada awak. Dalam Quraan, ada ayat surah Adz Dzariyat: 19, pada harta kamu ada hak orang yang meminta dan orang yang tidak meminta. Nak bagi tips orang yang memberi perkhidmatan itu baik. Jangan terlalu menghulur dan jangan terlalu menahan,” tambah netizen lain.

Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati memberi sedekah kerana bimbang ada juga individu yang mengambil kesempatan atau sindiket.

Total
0
Shares
Total
0
Share