'Dia perempuan yang baik' - View Chin rancang kahwin dengan Mira - The Reporter

‘Dia perempuan yang baik’ – View Chin rancang kahwin dengan Mira

“Bisnes so far sudah kembali stabil, tak macam dulu memang ada drop. Insha-Allah kita punya client pun faham situasi kita,” demikian kata View Chin, selepas hampir setahun kontroversi rumah tangganya retak angkara orang ketiga.

View Chin mengakui perniagaanya pada ketika itu terjejas teruk, apatah lagi pada ketika itu pada musim perayaan.

“Sangat teruk. Masa itu dah dekat nak raya. Pada musim perayaan, itu adalah golden time yang kita nak fight (kejar sales). Tiba-tiba mesej ini (mesej kantoi curang) keluar. Memang memberi kesan pada perniagaan. Ada yang cancel, tak jadi bagi kita promote,” katanya.

Terasa dengan perbuatan bekas isteri

Mengenai hubungannya dengan bekas isteri, View Chin mengatakan mereka sudah jarang berkomunikasi dan tidak menafikan dia sangat terasa dengan perbuatan bekas isterinya itu.

“Saya memang sangat terasa, kenapa dia perlu buat macam tu. Kenapa perlu viralkan perkara ini. Tetapi perkara itu pun sudah lepas.

“Dia pun ada ada cari saya selepas beberapa bulan dan kami berbincang tak nak berterusan seperti itu lagi. Sebab masa itu dia pun ‘panas’. Soal anak pula, kami akan jaga sama-sama,” katanya.

Bila nak kahwin dengan Mira?

Menggulas mengenai dakwaan sudah memeluk agama Islam, View Chin meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk dirinya. Malah dia tidak menafikan ada merancang untuk mengahwini Mira.

“Doakan yang baik-baik. Perancangan telah dibuat sejak setahun yang lalu, sebelum perkara itu (kontroversi) viral.

“Mira seorang yang tabah, kuat dan akan menghadapi apa jua situasi bersama-sama dengan saya. Masa tengah viral, Mira yang paling terkesan. Walaupun begitu, dia pula yang banyak menasihatkan saya untuk bersabar.

“Jadi saya rasa dia perempuan yang baik,” katanya.

Sumber: mStar Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!