Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Peluang pekerjaan yang diperolehi sepatutnya dihargai, namun realitinya, kebanyakannya hanya bersemangat pada awal. Seiring dengan masa, semangat itu mula pudar dan keikhlasan bekerja pun kelaut.
Baru-baru ini, seorang pengguna platform X, Miji, berkongsi pengalamannya dengan seorang penghantar makanan yang didakwa melemparkan kata-kata kesat terhadapnya yang membuatkan dia berasa dihina.
“Tak tahu nak cakap apa. I cakap, letak makanan kat tempat guard. I tunggu lama, makanan tak sampai-sampai. Sebab lapar, I turun dan tunggu dekat guard.
“Bila dah sampai, dia call. I cakap, I dekat guard. Pastu dia kata, ‘Tau la kat guard lahanat’. Masa dia cakap tu, I sampai kat belakang dia. Dia pusing belakang, tau cuak.
“Selepas dia perasan saya dekat belakang, dia minta maaf sebab lambat hantar. Tapi tak minta maaf pula dia panggil saya lahanat.
“Kadang-kadang maps bongok sikit dalam apps Shopeefood tu. I tanya sajalah dah sampai ke, sebab I turun tak ada makanan. Guard pun cakap, tak ada rider hantar makanan. Rupa-rupanya rider masih pusing-pusing dalam maps tu. Tapi boleh je dia jawab ‘Saya dah sampai’ ke, ‘Saya baru sampai’ ke, I bukan marah pun,” katanya.
Perlu diingatkan bahawa, dalam apa jua pekerjaan, menjaga adab dan etika adalah penting. Pekerja harus berinteraksi dengan pelanggan secara sopan dan hormat. Keikhlasan dalam bekerja juga membawa berkat rezeki.








