'Dia OKU, tapi semua benda dia mampu buat' - Kisah Adrian pekerja rajin, raih perhatian ramai - The Reporter

‘Dia OKU, tapi semua benda dia mampu buat’ – Kisah Adrian pekerja rajin, raih perhatian ramai

Pekerja OKU

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kekurangan diri bukan penghalang lelaki ini untuk terus berkhidmat sebagai pekerja. Malahan gelagat dan aksi pekerja lelaki OKU di sebuah rangkaian restoran Pizza Hut yang dirakam sangat tekun bekerja seolah seperti insan sempurna yang lain.

Lelaki OKU berkenaan yang dikenali sebagai Adrian merupakan seorang staf di sebuah cawangan Pizza Hut di Aeon Mall, Melaka.

Ketekunan Adrian dalam melakukan tugasannya membuatkan seorang lelaki yang juga pelanggan restoran berkenaan kagum dengan usahanya.

Menurut Muhammad Zakwan, melihat Adrian, membuatkannya malu dengan diri sendiri.

“Dia OKU, tetapi dia mampu bersihkan meja. Dia mampu jaga kaunter dan bergerak sangat pantas.

“Yang membuatkan saya lebih kagum, hanya sebelah tangan sahaja yang dia boleh gunakan,” katanya.

Kongsinya juga, Adrian sangat mementingkan pelanggan. Apabila lihat sahaja pelanggan datang, dia belari mendapatkan pelanggan.

Menerusi video tersebut juga, Zakwan menzahirkan penghargaan kepada pihak restoran yang sanggup memberikan peluang kepada insan senasib Adrian.

Total
0
Shares
Total
0
Share