'Dia kata terlanggar Rania, sedangkan dia hempuk kepala anak aku!' - Pengasuh aniaya anak asuhan telah ditahan - The Reporter

‘Dia kata terlanggar Rania, sedangkan dia hempuk kepala anak aku!’ – Pengasuh aniaya anak asuhan telah ditahan

Gambar dari video tular di media sosial.

Susulan tular video seorang pengasuh taska mengasari anak asuhan sehingga mengalami kecederaan, wanita terbabit telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai penularan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu yang menunjukkan mangsa dikasari pengasuh.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa pada jam 11.28 pagi semalam.

Bertindak di atas laporan itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D11) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur telah menahan suspek berusia 28 tahun.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Zam Halim turut mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Baca artikel berkaitan: ‘Aku bayar RM1,300 sebulan bukan untuk kau hempuk-hempuk anak aku!’ – Wanita dakwa anaknya dkasari oleh pengasuh taska

Terdahulu, ibu kepada mangsa, Rin Azmin, mendedahkan perbuatan pengasuh terbabit menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Rin, anaknya, Rania, sebelum ini pernah mengadu enggan hadir ke taska tersebut kerana takut. Hairan dengan perubahan Rania, Rin terus meminta penjelasan daripada pihak taska, termasuk menuntut memeriksa rakaman CCTV. Malangnya, pihak taska berdolak dalih dengan alasan yang tidak wajar.

Beberapa minggu kemudian, seorang pengasuh bernama Athirah telah tampil memaklumkan dia terlanggar Rania dan memohon maaf di atas kejadian itu.

“Tetapi kami mendapati ada kesan cubitan di pipi kiri dan kanan, termasuk lengan. Anak saya mengadu sakit semasa saya membasuh muka dia,” katanya.

4 September lalu, Rin telah dipanggil oleh pihak taska untuk memeriksa rakaman CCTV dan alangkah terkejut apabila dia mendapati suspek telah menghentak muka anaknya ke lantai, sebelum diheret dengan kasar.

“Katanya dia terlanggar anak kami dan Rania terjatuh. Sedangkan dia yang hempuk-hempuk kepala anak aku!” kata Rin.

Sumber: Harian Metro, Facebook Rin Azmin

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!