'Dia bukan lagi anak kami' - Jocelyn Chia dibuang keluarga, sampai mati takkan dianggap sebagai anak | The Reporter

‘Dia bukan lagi anak kami’ – Jocelyn Chia dibuang keluarga, sampai mati takkan dianggap sebagai anak

Minggu lalu, kerajaan mengarahkan Good Vibes Festival dibatalkan susulan tindakan vokalis kumpulan The 1975 yang berkelakuan biadab, tidak senonoh dan menghina undang-undang Malaysia.

Bagaimanapun, pelawak kontroversi kelahiran Singapura, Jocelyn Chia, mengambil kesempatan menunggang isu tersebut untuk membalas dendamnya terhadap rakyat Malaysia dan dalam masa sama kekal relevan dalam bidangnya.

Dalam hantaran di Twitter, Jocelyn mendakwa kerajaan Malaysia sengaja berbuat demikian untuk meraih perhatian di mana isu tersebut menjadi tajuk berita utama media antarabangsa.

Kecewa dan kesal dengan tindakan Jocelyn yang berterusan menimbulkan kenyataan provokasi terhadap Malaysia, bapanya, Anthony Chia Whye Liang, mengumumkan bahawa Jocelyn bukan lagi sebahagian daripada keluarganya.

Menerusi ciapan di Twitter, Anthony berkata dia dan isterinya, Shirley tidak akan mengiktirafkan Jocelyn sebagai anak sehingga mereka meninggal dunia.

“Saya umumkan buat pertama kalinya di sini. Saya dan isteri tercinta, Shirly, tidak mengiktirafkan Jocelyn Chia sebagai anak perempuan kami sehingga kami meninggal dunia.

“Apa yang dilakukannya adalah kegagalan saya dalam membesarkannya untuk menjadi insan yang lebih baik kepada masyarakat. Orang ramai berhak mendapat yang lebih baik daripada ini,” katanya.

Jocelyn bagaimana dilihat tidak mengambil peduli akan ciapan bapanya itu. Malah lebih galak memuat naik ciapan baharunya yang menperlekehkan Malaysia.

Tindakannya itu jelas sekali menunjukkan Jocelyn sebenarnya terdesak dan dahagakan perhatian daripada rakyat Malaysia.

Sumber: Twitter Anthony Chia Whye Liang

Related Posts