Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Gadis yang dikenali sebagai Coco itu difahamkan sebelum ini merupakan penari kebudayaan. Namun video slang bahasanya yang nampak seperti ‘orang puteh’ mula menarik perhatian netizen sehingga Coco dijemput ke program televisyen swasta.
Bagaimanapun, 4 Disember lalu video Coco berpakaian seksi dan menari di sebuah kelab malam di muat naik ke media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi negatif netizen. Video itu kini telah ditonton 836,000 kali dan 11,000 lebih di laman Facebook.
Namun, jika difikirkan kembali, apa yang ditegur oleh wanita bernama Athyrah ini ada betulnya dan sewajarnya netizen tidak berkongsikan video tersebut, malah tidak melemparkan komen-komen yang tidak baik.
Baca teguran dari Athyrah ini, semoga ramai yang tidak lagi berkongsi video-video seumpama itu di wall Facebook masing-masing.
Oleh Saya Athyrah
Tentang video viral si Coco menari dalam kelab, harap tiada kawan yang share ya. Kalau ada yang share, sila Direct Message (DM) King Coco di Instagram dia dan minta maaf sebab pernah share tentang dia.
Sahabat, yang sosial takkan kekal selamanya sosial. Yang baik takkan pernah tak buat kesilapan. Hidayah milik siapa? Hati siapa yang pegang? Taubat siapa yang terima? Hati siapa yang buka? Syurga dan negara, siapa yang tentukan? Siapa?
“Allah tidak memaksa hambaNya untuk beriman kepadaNya.”
Allah tak paksa sebab Allah mahu melihat sendiri yang mana hambaNya yang benar-benar ikhlas beriman kepadaNya itulah yang layak ke syurgaNya. Yang mana tidak beriman, itulah yang dijadikan bahan bakar api neraka. Nauzubillahminzalik.
Ini tidak, siap kongsi video dia. Ingat tak berdosa ke kongsi video dia? Ye, saya tahu dia sendiri yang membuka aib dia. Habis, kita yang kongsi video dia itu bukan kita juga ‘tolong’ bukakan lagi aib dia ke? Sebelum buat, fikir dosa pahala dulu, betul ke tidak perbuatan kita, cara kita betul ke, Allah suka tak dengan perbuatan kita ini? Kemudian kongsi pula video dia dengan kapsyen sindir perli dia bagai. Walaupun kongsi tapi tak sindir, ia tetap berdosa kerana kita bagi kawan-kawan di Facebook kita tengok aurat dia, cara lenggok goyang dia, dosa. Tengok dan selepas itu abaikan. Kemudian berdoa dalam hati,
“Ya Allah, ampuni hamba dan ampunilah hambaMu ini. Kurniakan hidayah kepadanya. Allahummaa aminn.”
Dosa dengan manusia hanya manusia yang boleh memaafkan. Ingat, bila mati nanti amalan baik kita tak dapat menanggung dosa kita sebab kita pernah tolong sebarkan aib orang. Tak dapat masuk syurga tetapi masuk neraka. Sebab apa? Sebab kita pernah kongsi aib orang. Kalau orang yang kita sebar itu memaafkan kita, barulah kita boleh lepas dari azab. Allah, barulah boleh masuk syurga Allah.
Sahabat, jangan lupa, kerana manusia jugalah kita boleh masuk syurga dan kerana manusia jugalah kita boleh masuk neraka. Berasa amanlah sesama manusia, jangan dihina dan dikeji. Orang berdoa untuk kebaikan kita dunia akhirat, Allah makbulkan. Kita aniaya orang lain, Allah akan makbulkan doa orang teraniaya. Jadi peliharalah hubungan sesama manusia.
Betul dan jangan lupa, Allah swt juga suruh kita jangan sebarkan aib orang lain. “Share” itu sebarkan aib orang tau. Jangan tunding jari pada orang. Tunding jari pada diri sendiri juga.Ingat! Dalam tak sedar Coco sedang sebarkan aib diri dia sendiri dan dalam tak sedar Allah sedang menguji kita. Allah nak tengok kita beriman atau berpura-pura beriman.










