Demi realisasikan impian bapa mahu lihat sambutan merdeka, 12 bersaudara konvoi dari Penang ke Putrajaya, menabung sejak dari bulan Jun | The Reporter

Demi realisasikan impian bapa mahu lihat sambutan merdeka, 12 bersaudara konvoi dari Penang ke Putrajaya, menabung sejak dari bulan Jun

Sumber gambar: TikTok Aisyah Ariffin

Sambutan kemerdekaan ke-66 diraikan dengan penuh meriah. Bukan sahaja penduduk Putrajaya, malah penduduk luar Putrajaya turut sama-sama meraikan hari penuh bersejarah. Semangat yang ditonjolkan oleh rakyat Malaysia sangat dipuji.

Seorang wanita berkongsikan semangat sambutan kemerdekaan mereka sekeluarga seramai 12 orang yang datang dari Pulau Pinang semata-mata hanya mahu menyaksikan kemeriahan sambutan merdeka pada tahun ini. Ini juga merupakan hasrat bapanya yang mahu melihat secara langsung sambutan merdeka.

“Abah sebut nak sambut merdeka kat dataran. Kami bagi jadi. Pertama kali dalam seumur hidup. Tapi puas datang jauh-jauh,” tulisnya.

https://www.tiktok.com/@itsmeaisyahariffin/video/7273458046293101826

Mereka sekeluarga telah membuat perancangan sejak dari bulan Jun lagi. Dalam perancangan tersebut juga, mereka telah mengumpul duit untuk tujuan penginapan dan lain-lain.

“Pukul 5 pagi check out homestay, solat Subuh (di kawasan berhampiran dataran). Mula-mula dapat seat belakang, terlindung dengan skrin,” katanya.

Namun, asbab rezeki membawa bapa mereka bersama, palang dibuka, mereka sekeluarga dapat tempat duduk dan dapat menyaksikan dengan jelas perbarisan pada hari tersebut.

“Abah paling happy. Terima kasih untuk kenangan ini,” katanya.

Melihat perkongsian itu, rata-rata netizen berasa seronok melihat 12 bersaudara ini saling bekerjasama dan bersemangat merealisasikan impian bapa mereka.

Sumber: TikTok Aisyah Ariffin

Related Posts