Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kadar caj tapak Bazar Ramadan 2026 di Kuala Lumpur diturunkan kepada maksimum RM400 sebagai langkah khusus Kerajaan MADANI untuk mengurangkan beban kewangan penjaja kecil. Penetapan itu melibatkan semua tapak bazar di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), berbanding RM500 yang dikenakan pada tahun lalu.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, keputusan tersebut dilihat sebagai antara perubahan paling ketara dalam penganjuran Bazar Ramadan tahun ini, apabila isu kos tapak sering menjadi rungutan utama penjaja yang terpaksa menanggung perbelanjaan tinggi sebelum memulakan perniagaan.
Baca juga:
- Duta Ukraine rayu bantuan kemanusiaan dari Malaysia
- 44 kucing di Rumah Kucing Madad cari keluarga angkat baharu
- ‘Semua saham sudah dilupuskan sejak Julai’ – Azam Baki
Caj RM400 diwajibkan tanpa pengecualian
Selain tapak di bawah DBKL, kerajaan turut menetapkan kadar maksimum RM400 itu wajib dipatuhi oleh persatuan penjaja yang mengendalikan lokasi bazar. Langkah ini bertujuan mengelakkan caj tidak munasabah, sekali gus memastikan penjaja di semua lokasi menerima layanan yang adil dan setara.
Penetapan caj seragam ini juga bertindak menutup ruang manipulasi harga tapak yang sebelum ini dikaitkan dengan amalan sublet dan jual beli tapak secara tidak sah.
Tindakan tegas jika caj berlebihan
Kerajaan memberi amaran bahawa sebarang cubaan mengenakan caj melebihi RM400, termasuk pengambilan untung oleh penganjur atau pihak ketiga, adalah dilarang sama sekali. Penguatkuasaan akan dilaksanakan tanpa kompromi sekiranya berlaku pelanggaran, sama ada melibatkan individu, persatuan mahupun penganjur bazar.
Menurut Hannah Yeoh, penurunan kadar caj tapak ini mencerminkan komitmen kerajaan memastikan Bazar Ramadan dianjurkan secara berintegriti, telus dan benar-benar memberi manfaat kepada penjaja kecil, bukan membebankan mereka.








