DBKL kompaun & tutup kedai anjurkan tarian separa bogel di Bukit Bintang - The Reporter

DBKL kompaun & tutup kedai anjurkan tarian separa bogel di Bukit Bintang

Sumber gambar: DBKL

Susulan tular video tiga wanita separa bogel menari di hadapan sebuah premis di Bukit Bintang minggu lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan premis berkenaan ditutup serta-merta.

Dalam operasi penguatkuasaan pada 23 Ogos lalu, DBKL turut mengenakan kompaun terhadap pemilik premis berkenaan.

Semakan turut mendapati, tarian separa bogel itu berlaku pada 5 Julai lalu dan ia dibuat sempena meraikan sambutan ulang tahun perniagaan premis berkenaan.

Difahamkan, premis terbabit hanya mempunyai lesen komposit kedai runcit (barangan kering sahaja) bagi menjalani aktiviti pasar raya.

Malah, ia dikendalikan oleh empat pekerja warga asing iaitu masing-masing dua warga Bangladesh dan Iran, yang tidak mempunyai permit kerja yang sah.

“Oleh itu, DBKL mengeluarkan satu notis kompaun kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah dan satu notis kompaun kerana menjalankan aktiviti selain yang dilesenkan.

“Premis itu juga diarahkan untuk ditutup serta-merta kerana dikendalikan oleh bukan warganegara,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi DBKL.

Sumber: Facebook DBKL

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!