Datuk Red akui sudah muflis, cari kerja untuk menyara keluarga | The Reporter

Datuk Red akui sudah muflis, cari kerja untuk menyara keluarga

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Suami kepada penyanyi terkenal Adira Suhaimi Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red mendedahkan dirinya sudah diisytiharkan muflis beberapa tahun lalu. Bagaimanapun, dia sangat kagum dengan kedua-dua isterinya yang menutup aibnya.

Katanya sepanjang lima tahun dia diisytiharkan muflis, dia telah berusaha untuk kembalikan perniagaannya, tetapi tidak berjaya.

Susulan itu, dia berusaha untuk mencari apa-apa sahaja pekerjaan yang bersesuaian bagi menampung perbelanjaan keluarga serta melunaskan hutang apatah lagi menjelang musim perayaan.

@mstarmalaysia

Part 2 – Sedihnya hidup Datuk Red, dah 5 tahun tiada kerja, selama ini ditanggung Adira #sembangentertainment #mstar #datukred #sensasi #viral #adira #kongsijer

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

“Selagi saya tak dapat kerja, saya tak akan balik la. Saya dah janji dengan anak-anak saya nak belikan baju raya.

“Nak belikan anak lauk berbuka pun tak dapat, saya tak ada duit langsung. Alhamdulilah, Adira bagi RM100 dan saya dapat belikan anak saya Ayam Gepuk dengan McDonald’s,” katanya.

Menerusi temu bual itu juga, Datuk Red mendedahkan saat kejatuhan beliau sehingga diisytiharkan muflis.

“Saya silap langkah, biasalah tamak. Saya ada join venture dengan satu developer untuk naikkan rumah. Kat situ saya silap, projek tu gagal dan saya dimasukkan dalam senarai muflis.

“Asalnya hanya RM90,000 tapi semakin naik hingga RM5-RM6 juta,” katanya.

Beliau juga menjelaskan beberapa individu telah datang berjumpa dengannya untuk meminta hak mereka, namun dia tidak mampu berbuat apa-apa.

Terdahulu, Adira memfailkan perceraian dengan suaminya, Datuk Red pada 25 Oktober, tahun lalu. Isteri pertamanya yang dikenali sebagai Datin Red turut berbuat demikian.

Bagaimanapun, Datuk Red tidak mahu menceraikan kedua-dua isterinya dan mahu mempertahankan perkahwinan mereka.

Sumber: mStar

Related Posts