'Datang tanpa diundang, pulang tanpa bayang' - Abang Viva bakal kembali bantu mangsa banjir | The Reporter

‘Datang tanpa diundang, pulang tanpa bayang’ – Abang Viva bakal kembali bantu mangsa banjir

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Beberapa tahun lalu, namanya disebut-sebut sebagai wira kerana membantu masyarakat yang terlibat dengan musibah banjir.

Hanya memandu kereta jenis Perodua Viva ketika itu, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva dipuji kerana kesanggupannya membantu masyarakat yang dalam kesusahan.

Menerusi hantaran di TikTok, Azwan dikatakan sekali lagi bakal membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

@abangvivaofficial

sape cakap say da pencen? sape cakap saya broken? ada rezki inshallah masih lagi turun.. datang tanpa diundang, pulang tanpa bayang, itulah sukarelawan #LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE

♬ Tetap Semangat – Masyow

“Siapa cakap saya dah pencen? Siapa cakap saya broken?

“Ada rezeki Insya-Allah masih lagi turun.

“Datang tanpa diundang, pulang tanpa bayang, itulah sukarelawan,” tulisnya.

Di ruangan komen, ramai yang meminta pertolongan beliau untuk membantu keluarga yang terjejas.

Terdahulu, kisah Abang Viva yang diangkat netizen telah membuka mata ramai pihak dan telah menerima pelbagai anugerah termasuk anugerah Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Related Posts