Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL) 2024 telah melabuhkan tirainya. Menerusi satu laporan, jumlah pengunjung juga dicatatkan melepasi sasaran 1.5 juta.
Perkembangan positif itu antara lain disebabkan oleh faktor cuti sekolah dan cuti hujung minggu selain tawaran baucar yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Bagaimanapun, sedikit kekecewaan apabila seorang individu yang juga merupakan seorang penulis dan pendakwah meluahkan rasa kesal dengan sikap penjual buku yang tidak mengamalkan kebersihan.
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan, kelihatan sampah sarap tidak dikutip dan dibiarkan begitu sahaja di reruai masing-masing.
“Sedih tidak terlukis.
“Setelah berakhirnya pesta buku antarabangsa KL, fenomena yang sama saya saksikan dalam Pesta Buku Antarabangsa Selangor berulang. Fenomena yang melukis separit kekecewaan dalam diri,” tulisnya.
Susulan hantaran itu juga, netizen mengecam tindakan mana-mana pihak yang tidak menjaga kebersihan dengan sewajarnya. Ada juga yang mencadangkan agar pihak penganjur mengenakan denda atau tidak memulangkan deposit kepada pihak penjaga rerurai sehingga kawasan berkenaan diyakini bersih.
Sikap berkenaan juga dilihat netizen telah mencemarkan sebuah penganjuran ilmu dan memberikan sisi negatif kepada masyarakat.
Sumber: Dzulkhairi Khairi








