Data 17 juta Mykad rakyat Malaysia didakwa bocor, dijual di laman web gelap - The Reporter

Data 17 juta Mykad rakyat Malaysia didakwa bocor, dijual di laman web gelap

Sumber Gambar: Fusion Intelligence Center

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Kad pengenalan diri atau MyKad mengandungi beberapa maklumat penting mengenai individu seperti tarikh lahir, alamat, gambar, jantina dan sebagainya.

Maklumat berkenaan adalah sulit dan hanya boleh dikongsikan atas urusan-urusan tertentu.

Bagaimanpun, satu pendedahan dari seorang pengguna jaringan X mendakwa data MyKad bagi 17 juta rakyat Malaysia telah bocor.

Pendedahan tersebut sudah pastinya mengejutkan ramai pihak.

Menerusi hantaran Fusion Intelligence Center @ StealthMole, katanya data berkenaan kini dijual di pasaran laman web gelap (dark web).

“Dikatakan bahawa terdapat data 17 juta MyKad rakyat Malaysia telah bocor dan kini dijual di web gelap.

“Sebagai bukti, sampel kad pengenalan Malaysia telah dikongsi secara terbuka di web gelap.

“Kebocoran data besar ini menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh membawa kepada jenayah serius seperti kecurian identiti dan penipuan kewangan,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!